Website & sistem, dibina untuk bisnes anda.
Website mesra telefon supaya pelanggan jumpa anda di Google, serta sistem Excel, Google Sheets & Apps Script yang ikut cara bisnes anda bekerja.
- Demo percuma sebelum bayar
- Domain & hosting termasuk
- BM / English
Sistem Excel siap guna
Sistem yang dibina oleh KOKEM dan sudah digunakan oleh organisasi sebenar. Buka di Excel, isi maklumat, tekan butang, dan dokumen siap.
Sistem Minit Mesyuarat Automatik
Isi maklumat mesyuarat dan agenda, semak pratonton, kemudian tekan satu butang untuk jana minit lengkap dalam Word.
- ID mesyuarat auto
- Tambah & edit agenda
- Simpan & buka semula
- Dokumen Word sekali klik
Sistem Akaun Koperasi
Resit rasmi dan baucar bayaran yang terus masuk ke lejar, sedia untuk audit tahunan.
- Resit rasmi
- Baucar bayaran
- Lejar automatik
- Tetapan koperasi
Sebut Harga · Invois · Resit
Satu sistem untuk keseluruhan jualan: sebut harga yang diterima jadi invois, invois yang dibayar jadi resit, setiap satu disimpan sebagai PDF.
- Ringkasan jualan
- Senarai pelanggan & item
- Nombor dokumen auto
- PDF sekali klik
Apa kami bina untuk anda
Website sebagai teras, serta sistem dan jagaan yang memastikan bisnes anda berjalan dalam talian.
-
01
Reka Bentuk & Pembangunan Website
Website mesra telefon yang pantas, dibina ikut jenama dan pelanggan anda.
- Website korporat
- Website bisnes
- Landing page
- Website portfolio
- Website peribadi
StarterRM6001 page · menu, lokasi, WhatsApp Business PopularRM1,800Sehingga 5 page · borang pertanyaan CorporateRM3,500Sehingga 10 page · BM/EN · borang sebut harga → SheetsSetup sekali bayar. Semua pakej termasuk SEO asas, domain & hosting tahun pertama, setup Google Maps dan 3 pusingan revisi.
-
02
Solusi E-Dagang
Jual dalam talian tanpa kerumitan: kedai siap di platform yang dipercayai, atau katalog ringkas dengan pesanan ke Google Sheets.
- Kedai online (Shopify / WooCommerce / EasyStore)
- Katalog produk
- Troli & pautan bayaran
- Pesanan ke Google Sheets
Sebut hargaIkut saiz kedai dan platform. WhatsApp kami untuk sebut harga.
-
03
Sistem Bisnes
Sistem khas dalam Excel, Google Sheets dan Apps Script yang hapuskan kerja manual.
- Sistem tempahan
- Invois & sebut harga automatik
- POS kedai
- Rekod ahli & akaun
- Borang website → Google Sheets
Sebut hargaIkut keperluan sistem. Demo dulu, sebut harga kemudian.
-
04
SEO Asas & Analitik
Pastikan website anda boleh dijumpai, dan tahu berapa ramai yang melawat.
- On-page SEO
- Google Analytics
- Google Search Console
- Google Maps
- Kelajuan website
TermasukSudah termasuk dalam setiap pakej website.
-
05
Jagaan & Penyelenggaraan Website
Kami uruskan bahagian teknikal supaya website anda kekal hidup dan terkini.
- Pengurusan domain
- Pengurusan hosting
- Penyelenggaraan website
- Kemaskini keselamatan
- Sokongan teknikal
RM150 / bulanHosting, pembaharuan domain, 4 kemaskini kecil sebulan, Google Analytics + laporan bulanan. Dah ada domain sendiri? Kami ganti pembaharuan domain dengan SEO ringan.
Pendekatan kami
- FahamiKami kenali bisnes, matlamat dan keperluan anda.Demo percuma
- RancangKami susun strategi dan pelan projek yang sesuai.Sebut harga bertulis · deposit 50%
- Reka & BangunKami tukar idea menjadi pengalaman digital yang berfungsi.Sehingga 3 revisi
- LancarKami uji, perhalusi dan lancarkan website anda.Baki 50% bila live
- Sokong & Tambah BaikKami beri sokongan dan penambahbaikan berterusan seiring perkembangan bisnes anda.Pelan jagaan RM150/bulan
Hasil kerja terkini
DPM Sdn Bhd
Website korporat untuk pengilang perabot: profil syarikat, rangkaian produk dan pertanyaan sebut harga.
Kedai yong tau fu
POS dalam Google Sheets dengan jumlah automatik dan ringkasan jualan harian.
Koperasi kedai makan
Daftar keahlian, minit mesyuarat lembaga bernombor automatik dan akaun resit/baucar.
Teknologi yang membawa perubahan
KOKEM ialah syarikat penyelesaian digital yang memberi tumpuan kepada reka bentuk website, pembangunan web dan penyelesaian teknologi bisnes.
Kami membantu bisnes dan organisasi membina kehadiran digital melalui website yang direka secara profesional dan penyelesaian teknologi praktikal yang disesuaikan dengan keperluan mereka.
Daripada website korporat dan platform e-dagang hingga sistem bisnes khas, kami menggabungkan kreativiti, teknologi dan fungsi untuk menghasilkan pengalaman digital yang menyokong pertumbuhan bisnes.
Pendekatan kami mudah: fahami bisnes, kenal pasti penyelesaian yang tepat dan bina teknologi yang membawa perubahan.
Mencipta penyelesaian digital yang praktikal dan inovatif untuk membantu bisnes beroperasi dengan cekap dan berkembang dengan yakin.
Menjadi rakan teknologi digital yang dipercayai oleh bisnes dan organisasi.
Empat perkara yang anda boleh harapkan
Solusi Khas
Solusi berdasarkan keperluan sebenar bisnes anda.
Demo percuma sebelum sebut hargaReka Bentuk Mesra Pengguna
Website direka berpandukan pengalaman pengguna.
Direka untuk telefon dahuluTeknologi Praktikal
Teknologi yang ada tujuan sebenar.
Dibina atas alat yang anda dah gunaSokongan Berterusan
Sokongan selepas website dilancarkan.
4 kemaskini kecil sebulan dalam pelan jagaanSoalan lazim
Betul ke demo percuma? Ada caj tersembunyi?
Betul. Kami bina contoh website anda tanpa caj dan tanpa komitmen. Anda hanya bayar deposit 50% jika setuju untuk teruskan.
Apa yang saya perlu sediakan?
Logo, gambar bisnes atau produk, senarai servis/produk dan harga, alamat, waktu operasi dan nombor telefon. Jika tiada gambar atau teks, kami boleh bantu susun.
Saya dah ada domain. Boleh guna yang sama?
Boleh. Kami sambungkan website baharu ke domain anda. Untuk pelan bulanan, pembaharuan domain diganti dengan SEO ringan (pantau Search Console dan kemaskini Google Maps).
Website saya boleh dibuka dengan baik di telefon?
Ya. Semua website kami direka untuk telefon dahulu, kemudian disesuaikan untuk tablet dan komputer.
Website saya akan keluar di Google?
Kami sediakan SEO asas, daftar website di Google Search Console dan setup Google Maps supaya bisnes anda boleh dijumpai. Kedudukan di muka depan Google bergantung pada banyak faktor, jadi kami tidak menjanjikan ranking tertentu.
Boleh minta ubah selepas website live?
Semasa pembinaan anda dapat 3 pusingan revisi. Selepas live, pelan bulanan termasuk 4 kemaskini kecil sebulan (contoh tukar harga, gambar atau waktu operasi). Perubahan besar seperti page baharu disebut harga berasingan.
Kedai online boleh terima bayaran terus?
Boleh, melalui platform kedai seperti Shopify, WooCommerce atau EasyStore, atau melalui pautan bayaran. Akaun merchant dibuka atas nama bisnes anda, jadi wang terus masuk ke akaun anda.
Untuk sistem Excel atau Google Sheets, perlu beli perisian?
Google Sheets percuma dengan akaun Google dan boleh digunakan di telefon. Untuk sistem Excel, anda perlukan Microsoft Excel di komputer. Kami cadangkan yang paling sesuai dengan cara anda bekerja.
Kokem hanya untuk bisnes di kawasan tertentu?
Tidak. Kami berurusan secara atas talian melalui WhatsApp dan video call, jadi boleh bantu bisnes di seluruh Malaysia.
Berapa lama untuk siap?
Starter biasanya 3–5 hari bekerja, Business 1–2 minggu dan Corporate 2–3 minggu selepas kami terima kandungan anda.
Wajib ke ambil pelan bulanan?
Domain & hosting tahun pertama sudah termasuk dalam setup. Mulai tahun kedua, pelan bulanan RM150 memastikan website anda kekal online, dikemaskini dan dipantau.
Domain atas nama saya ke?
Ya. Domain didaftarkan untuk bisnes anda, jadi ia kekal milik anda.
Boleh buat sistem sahaja tanpa website?
Boleh. Sistem Excel, Google Sheets dan Apps Script disebut harga berasingan. WhatsApp kami untuk berbincang.
Lihat website anda sebelum bayar
Hantar nama bisnes anda dan kami sediakan demo percuma, tanpa sebarang komitmen.